MYDIMA telah ditubuhkan dibawah Peruntukan Undang-undang Pendaftar Pertubuhan (Akta Pertubuhan 1966) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Ditubuhkan pada 22 September 2011 dimana mesyuarat pertamanya telah diadakan di Ibu Pejabat Menara PERKESO Kuala Lumpur. Pertubuhan ini menghimpunkan pelbagai disiplin ahlinya dalam bidang pengurusan hilang upaya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sokongan sosial kepada golongan terbencana dan OKU. Profesional yang bernaung di bawah pertubuhan ini terdiri daripada Pakar Rehabilitasi, Doktor Perubatan, Pengurus Kes (Case Manager), Pekerja Sosial, Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja, Pegawai Pemulihan, Pegawai Faedah, Koordinator Program Return To Work, Pegawai Sumber Manusia, dan ahli-ahli yang bergiat secara langsung dalam bidang pengurusan hilang upaya.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Untuk memberi pendedahan kepada ahli berkenaan pengetahuan di dalam pengurusan hilangupaya, pendekatan pengurusan kes yang sistematik dan teori yang berkaitan.
  • Untuk membangun dan mengekalkan profesionalisme dalam kalangan ahli melalui pengamalan kod etika dan pengetahuan di dalam bidang yang berkaitan dengan profession yang ada di dalam fasal 5(i) perlembagaan persatuan.
  • Untuk memupuk kesedaran awam berkaitan pengurusan hilangupaya, pendekatan sistematik, amalan terbaik dan teknik yang berkaitan.
  • Untuk mengatur, menghubung dan bekerjasama dengan lain-lain organisasi yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama.
  • Untuk menghasil dan membuat penerbitan bahan bacaan kepada ahli untuk pencapaian matlamat dan objektif.
  • Untuk menarik minat ahli di dalam kebajikan professional.
  • Untuk membantu persatuan dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dirasakan perlu bagi mencapai objektif persatuan
  • Untuk membangun dan memperkenalkan kurikulum dan garis panduan untuk pemantapan professional ahli