28- 30 September 2022- International Forum On Disability Management (IFDM), Nhow Brussels Bloom, Brussels, Belgium

 

Ahli MYDIMA di pentas dunia bersama berkongsi kepakaran dan kajian berkaitan pengurusan hilangupaya. Forum seumpama ini sememangnya menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam usaha mendapatkan maklumat terkini selain peluang bagi mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih meluas di peringkat global

 

Forum selama 3 hari ini menyentuh pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh setiap wakil deligasi berkaitan pengurusan hilangupaya semasa Pandemik COVID-19 melanda dan cabaran dunia bagi berhadapan dengan post pandemik.


#MYDIMA1st

#IFDM2022

#BrusselsBelgium

#ReturnToWork

11 April 2021- SOCSO Functional Adaptive Clothing

 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S. W. T. kerana MYDIMA turut diberi peluang untuk bersama-sama dengan rakan penaja yang lain dalam membantu dan menyokong usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO untuk memberi satu lembaran yang baru buat mereka yang ada limitasi fizikal bagi memiliki PERKESO Functional Adaptive Clothing ini. 

 

Semoga usaha yang dilaksanakan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan menarik minat lebih ramai penyumbang di luar sana untuk memastikan usaha memperluaskan penghasilan Functional Adaptive Clothing ini dapat dilaksanakan.

#TERIMAKASIH

#KitaJagaKita

#HelaianHarapan

#fashion4every1 

#StayActiveStayHealthy

08 - 09 Mei 2021- Program Sumbangan Sinar Ramadan 1442H

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan Program Sumbangan Sinar Ramadan 1442H yang telah diadakan pada 8 & 9 Mei 2021. Seramai lebih 84 keluarga dan sebuah institusi telah dibantu sepanjang sesi penyampaian yang dilaksanakan di lebih 12 lokasi di seluruh Negara. Tahniah buat semua yang terlibat