REKABENTUK LOGO
Lambang pertubuhan ini berbentuk bulat berwarna biru dengan Empat pecahan dan satu lagi bentuk bulat di dalamnya yang berwarna kelabu. Di atas kedua-dua bentuk bulat tersebut, terdapat perkataan MYDIMA bermaksud nama ringkas pertubuhan.
KETERANGAN LOGO
Perkataan MYDIMA adalah ringkasan daripada “Malaysian Disability Managers’ Association” dimana “MY” mewakili “Malaysian”; “DI” mewakili “Disability”; “M” mewakili “Managers’” dan “A” mewakili “Association”. Warna biru melambangkan ketenangan, perpaduan dan saksama. Bulatan yang berwarna biru dengan empat pecahan mewakili komponen pengurusan pemulihan kes dari segi bio-psiko-sosial dan pengurus kes tersebut. Bulatan berwarna kelabu merujuk kepada setiap kes yang berada di dalam kecelaruan yang akan diuruskan oleh pengurus pemulihan hilangupaya tersebut.