Apa Itu Disability Management?

Disability Management atau Pengurusan Hilangupaya adalah sebuah bidang baru di Malaysia. Konsep ini mula diperkenalkan secara sistematik dan komprehensif oleh PERKESO menerusi Program Return To Work yang dilancarkan pada tahun 2007 lagi.

 

 

PERKESO telah melaksanakan dengan jayanya program ini sehingga ianya telah mula dikenali dan dipelajari negara lain seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Secara umumnya bidang ini telah digunapakai oleh majikan dalam membantu pekerjanya yang tidak mampu bekerja disebabkan kecederaan atau penyakit dan ianya dilakukan secara bersendiri dan ada kalanya dijalankan secara tidak bersistematik dan menyeluruh.

 

Objektif utama program pengurusan hilang upaya ini adalah untuk memberi faedah kepada majikan dan pekerja dengan mengembali dan memulihkan fungsi fizikal, mengembalikan kepakaran dan melatih semula pekerja untuk kembali produktif.